Agong, Permaisuri tunai solat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Agong, Permaisuri tunai solat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat tiba di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota, Kuantan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban hari ini.

Keberangkatan tiba Agong pada 8.20 pagi yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah disambut Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut berada di masjid adalah barisan pentadbiran negeri dan Mufti Pahang Abdul Rahman Osman.

Solat sunat tersebut dipimpin oleh imam besar masjid Mohd Hafidz Suhailie yang turut menyampaikan bacaan khutbah Aidiladha.

Selesai solat, Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan menyaksikan ibadah korban yang berlangsung di pekarangan masjid yang turut melibatkan lembu sumbangan Agong.