Agesty dicari polis kes pemerdagangan orang

Agesty dicari polis kes pemerdagangan orang

Seorang wanita warga Indonesia dicari bagi membantu siasatan kes berkaitan Antipemerdagangan Orang (ATIP) bersabit laporan polis di Desa Jaya, Kepong (7428/2010).

Wanita tersebut bernama Agesty berusia 48 tahun dan memegang passport bernombor AL 719289.

Sesiapa yang mengenali individu tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd. Reezal Mohammad @ Mohd Zain di talian 0133479809. – K! ONLINE