Adun sertai PKR tekad bantu rampas 3 kerusi Parlimen PKR di Johor

Adun sertai PKR tekad bantu rampas 3 kerusi Parlimen PKR di Johor

Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dalam sesi wawancara bersama MalaysiaGazette, hari ini.  Ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertindak keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak merugikan parti itu, mahupun Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar juga melihat tindakan tersebut boleh membantu PKR serta PH merampas semula tiga kerusi Parlimen Johor yang telah dibawa lari kepada Perikatan Nasional (PN) ketika peristiwa Langkah Sheraton, Februari tahun lalu.

“Mereka melihat ada peluang dalam PKR dan PH untuk mengambil alih tempat-tempat Parlimen yang ditinggalkan dan dibawa lari oleh ahli-ahli Parlimen yang pergi kepada Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu, katanya.

Sebelum itu ahli Parlimen Batu Pahat dulunya adalah PKR kini lari kepada Bersatu.

Bagi kerusi Parlimen Segamat juga dibawa lari kepada PN dan baru semalam ahli Parlimen Tebrau daripada PKR umum sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita Berkaitan : PKR tiada calon terbaik isi kekosongan tiga Parlimen Johor yang dibawa lari – Mahfuz

Dalam masa yang sama, kenyataan Datuk Mahfuz Omar amat disenangi dan dihormati oleh Ketua Cabang Batu Pahat Syed Hamid Ali yang mengatakan penghijrahan tiga orang ADUN dari partinya ke dalam KEADILAN negeri Johor adalah sebahagian daripada “strategi politik” mereka

Berita Berkaitan : Mahfuz selar kenyataan sesetengah pihak melabel tiga ADUN sebagai pengkhianat

Berkaitan dengan perkara di atas, beliau ditanya apa pendirian KEADILAN Cabang Batu Pahat terhadap mereka yang memilih untuk berhijrah ke dalam Cabang kami?

Selaku Ketua Cabang, sikap dan pendirian beliau dalam hal ini meletak tiga asas penting, iaitu;

i) Bersedia menerima siapa saja yang berhasrat baik dan memenuhi syarat untuk menjadi anggota.
ii) Penghargaan dan penilaian diberikan atas dasar keikhlasan dan kejujuran terhadap Parti dan Rakyat.
iii) Berpegang teguh kepada “Keadilan Untuk Semua!”.