Adun Senggarang sedia dengar keluhan 300 kontraktor tertindas di bawah konsesi SWM

Adun Senggarang sedia dengar keluhan 300 kontraktor tertindas di bawah konsesi SWM

Seramai 300 kontraktor kecil Pembersihan dan Angkat Sampah Bumiputra Negeri Johor di bawah konsesi SWM yang tertindas menubuhkan Jawatankuasa bagi mendapatkan pembelaan.

Yb Ir Hj Khairuddin Abdul Rahim, Adun Senggarang bersedia mendengar permasalahan yang dihadapi oleh 300 kontraktor yang melaksanakan kerja dibawah konsesi SWN dan bersedia membantunya.

Semua kontraktor berjuang untuk mencari rezeki di masa pandemik Covid 19.

Beliau juga sangat mengharapkan semoga jangan ada Usahawan Melayu kelas menengah yang tercicir untuk terus berjaya.

Sebelum pada ini, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Senggarang, Johor; Khairuddin A.Rahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung konsesi projek penyelenggaraan jalan.

Khairuddin mendakwa langkah kerajaan negeri melantik hanya sebuah syarikat melaksanakan konsesi itu adalah tindakan monopoli yang boleh menyebabkan kontraktor kecil Bumiputera gulung tikar.

Menurut beliau, tindakan itu menyebabkan syarikat berkenaan memonopoli projek konsesi diberikan di bawah Marris sehingga kontraktor-kontraktor kecil lain tidak dapat merasa projek berkaitan.

“Penyalahgunaan kuasa ini menyebabkan hak kontraktor kecil dirampas oleh kontraktor besar. Tindakan ini mengakibatkan hampir 3,000 kontraktor kehilangan punca pendapatan,” katanya