Adun Senggarang gesa MB Johor ‘turun bajet’, sejarah warisan Pantai Minyak Beku

Adun Senggarang gesa MB Johor ‘turun bajet’, sejarah warisan Pantai Minyak Beku

Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar daerah ini berikutan pemandangan pantainya yang indah, selain boleh menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat.

Lebih mengasyikkan, di Pantai Minyak Beku ini juga terdapat sebuah bukit berbatu yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan Selat Melaka dari sisi yang lebih luas dan kelibat nelayan yang gigih menangkap ikan yang menjadi nadi ekonomi masyarakat di kawasan itu.

Namun, tidak ramai mengetahui perkampungan pinggir pantai itu yang dibuka pada 1818, sebenarnya turut menyimpan khazanah sejarah bagaimana wujudnya Kampung Minyak Beku.

Kini pantai Minyak Beku semakin dikenali. Jesteru itu, selogiknya apabila sesuatu tempat jika sudah popular atau dikenali sudah barang tentu timbul pelbagai masalah, kata Adun Senggarang Yb Khairuddin Abdul Rahim.

Dengan itu, Adun Senggarang menggesa Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan bajet untuk menaikkan taraf Jalan Negeri J 17 Batu Pahat-Minyak Beku sejajar dengan naiknya jumlah pengunjung ke Pantai Minyak Beku dari hari ke hari.

Beliau turut berkata, permasalahan industri pelancongan telah dibangkitkan di dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri namun tiada tindakan.

Semoga permasalahan yang kritikal ini dapat perhatian pihak kerajaan, katanya.

Minyak Beku merupakan Mukim yang pertama di buka di Daerah Batu Pahat dan tempat yang perlu dipelihara disebabkan ia adalah sejarah warisan bagi negeri Johor dan amnya Batu Pahat.