Adam Levine nafi curang ketika isteri hamil tapi mengaku dah buat kerja ‘bodoh’

Adam Levine nafi curang ketika isteri hamil tapi mengaku dah buat kerja ‘bodoh’

Adam Levine nafi curang ketika isteri hamil tapi mengaku dah buat kerja ‘bodoh’. Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan berita kecurangan vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine yang dituduh mempunyai hubungan sulit bersama seorang model dikenali sebagai Sumner Stroh selepas wanita berkenaan memuat naik mesej perbualan mereka di TikTok.

Tidak mendiamkan diri, akhirnya penyanyi berusia 43 tahun itu tampil menjelaskan perkara sebenar.

Banyak yang hendak saya katakan sekarang dan saya nak memperbetulkan keadaan.

Tegasnya, dia tidak mempunyai hubungan sulit dengan wanita terbabit tetapi sudah melampaui batas dan menyesal dengan perbuatannya itu.

Saya tidak mempunyai hubungan sulit, namun saya sudah melampaui batas semasa tempoh yang saya kesal dengan kehidupan saya. Dalam keadaan tertentu ia menjadi tak sesuai jadi saya telah menangani isu itu dan mengambil langkah proaktif untuk selesaikan dengan keluarga saya.

Ujar pelantun Girls Like You ini lagi, dia hanya peduli mengenai isteri serta keluarganya dalam dunia ini. Dalam pada itu, Adam mengatakan bahawa dia akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang terjadi.

Untuk menjadi naif dan cukup bodoh mempertaruhkan satu-satunya perkara yang penting bagi saya adalah kesilapan terbesar yang saya lakukan. Saya tidak akan buat lagi. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami akan melaluinya bersama-sama.