Adakah kuota haji 10,000 melalui pintu belakang?

Adakah kuota haji 10,000 melalui pintu belakang?

Kena kencing lagi kita….si pengor2 tu laju sangat lompatnya!

Kuota Haji tambahan 2021 hanya 1,130 jemaah saja untuk Malaysia.

Kalau nk kuota tambahan 10,000 kena tunggu tahun 2040 nanti baru Malaysia layak….

Kenapa berita Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji hanya dihebahkan media Malaysia shj, tetapi tidak ada langsung di pihak kerajaan Arab Saudi ??! Malah pihak kerajaan Arab Saudi tiada langsung utk mengesahkannya?

‪◾️ Malaysia turut memohon tambahan kuota haji. PM Muhyiddin mengumumkan secara pra-matang pada 9 Mac 2021 bahawa Malaysia mendapat tambahan 10,000 kuota haji. Terdapat keraguan berkenaan pengumuman tersebut kerana berdasarkan kepada pertambahan penduduk kini, Malaysia cuma layak mendapat tambahan kuota sebanyak 1,130 sahaja bagi tahun 2021. Untuk tambahan 10,000 kuota haji itu, berdasarkan kepada kadar pertambahan penduduk, kuota itu diunjurkan hanya akan dicapai pada 2040.‬

‪Malah berbangkit beberapa persoalan mengenai pengumuman tambahan kuota haji itu.‬

‪1. Apakah PM Muhyiddin tidak sedar mengenai ketetapan OIC 1988 di Amman, Jordan berkenaan kuota haji berdasarkan kadar 1% atas bilangan penduduk negara?‬

‪2. Jika sedar, mengapa PM Muhyiddin memohon tambahan 10,000 kuota haji Malaysia, padahal penduduk negara hanya berjumlah 32.7 juta dan cuma melayakkan tambahan masa kini 1,130 kuota haji?‬

‪3. Memandangkan kuota haji ditetapkan oleh OIC, mengapa PM Muhyiddin memohon tambahan secara langsung daripada Putera Mahkota Arab Saudi dan tidak menerusi OIC?‬

‪4. Tidakkah tambahan 10,000 kuota haji Malaysia yang dimohon PM Muhyiddin dengan cara sedemikian itu mendedahkan keaiban Malaysia yang tidak mematuhi ketetapan OIC dan merupakan “jalan pintu belakang”?‬

‪Apapun, menggunakan kaedah “jalan pintu belakang” tidaklah menjadi suatu yang asing kepada PM Muhyiddin. Pernah dilakukannya dalam urusan politik kuasa di dalam negeri tanpa menghiraukan fungsi Parlimen.‬

Abd Malek Hussin
12 Mac 2021

Sumber :