Abdul Hadi laga-lagakan DAP dalam kerajaan perpaduan

Abdul Hadi laga-lagakan DAP dalam  kerajaan perpaduan

Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP cuba menyebar dan mempromosikan Islamofobia dilihat sebagai cubaan untuk melaga-lagakan parti dalam membentuk kerajaan perpaduan.

 

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP buat masa ini mengambil pendirian bersabar dan akan membuat penjelasan mengenai tuduhan yang dilemparkan tersebut.

Abdul Hadi laga-lagakan DAP dalam  kerajaan perpaduan

Anthony Loke Siew Fook

Menurut beliau, jika ada tuduhan dan dakwaan oleh Abdul Hadi tersebut berunsurkan fitnah, DAP akan membuat laporan polis mengenainya.

“Itu memang cuba melaga-lagakan DAP, sudah tentu apa yang kita capai sekarang ini, kerajaan perpaduan, mereka nak laga-lagakan.

“Kena bersabar, akan buat penjelasan, kalau ada apa-apa perkara yang kami rasakan fitnah, maka kami akan buat laporan polis,” katanya.

Anthony yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas beliau menghadiri Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini hari ini.