8 negeri terima amaran ribut petir dan hujan lebat

8 negeri terima amaran ribut petir dan hujan lebat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan lapan negeri sehingga 10.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri di seluruh Lembah Klang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim sementara Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

“Negeri Sembilan pula membabitkan enam kawasan iaitu Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala Johor melibatkan kawasan Tangkak dan Muar,” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

8 negeri terima amaran ribut petir dan hujan lebat