8 lelaki tawar pinjaman tanpa lesen, ugut mangsa ditahan

8 lelaki tawar pinjaman tanpa lesen, ugut mangsa ditahan

8 lelaki tawar pinjaman tanpa lesen, ugut mangsa ditahan. Polis menumpaskan geng along selepas menahan lapan lelaki kerana menawarkan pinjaman wang tanpa lesen, dalam serbuan di sebuah premis di Bayan Lepas di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal, berkata semua lelaki berusia 20 hingga 30-an itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, hasil risikan dan maklumat awam.

8 lelaki tawar pinjaman tanpa lesen, ugut mangsa ditahan

“Berdasarkan siasatan awal, selain menawarkan pinjaman tanpa lesen dengan faedah tinggi, mereka juga mengugut mangsa yang gagal membuat bayaran balik pinjaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, susulan penahanan lapan lelaki itu, polis merampas 19 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 15 keping kad ATM pelbagai bank, tiga buku cek, lapan keping cek atas nama peminjam, senarai nama peminjam, empat kereta dan 14 salinan kad pengenalan peminjam.

 

Turut baca

 

Katanya, semua lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Dalam perkembangan lain, Kamarul berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 20-an kerana berlumba haram dalam Op Samseng Jalanan di Bayan Baru-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, bermula pukul 11 malam tadi hingga 7 pagi hari ini.

“Kami menahan dua lelaki berkenaan kerana selain berlumba, mereka juga melakukan aksi menunggang secara berbahaya. Suspek kini direman dan kes disiasat menurut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menambah dua motosikal turut disita selain lapan saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi berkenaan.

Tonton juga