4 sekeluarga parah ditetak ketika mahu berbuka puasa

4 sekeluarga parah ditetak ketika mahu berbuka puasa

4 sekeluarga parah ditetak ketika mahu berbuka puasa

Empat sekeluarga parah ditetak ketika menunggu untuk berbuka puasa dalam kejadian di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, seorang wanita berusia 34 tahun, ibu mentuanya, 50-an, dan dua adik iparnya berusia 16 dan 31 tahun cedera parah.

4 sekeluarga parah ditetak ketika mahu berbuka puasa

Difahamkan, kesemua mangsa mengalami kecederaan pada leher, kepala, tangan serta badan dipercayai dilibas dengan parang oleh suspek yang juga ahli keluarga mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi menerima panggilan daripada MERS 999 memaklumkan kes tersebut pada pukul 8.22 malam.

“Siasatan mendapati suspek yang dipercayai suami wanita berusia 34 tahun itu mengamuk secara tiba-tiba sebelum menetak empat sekeluarga tersebut dengan menggunakan parang.

“Kesemua mangsa yang cedera parah menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi di sini dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Punca kejadian tidak diketahui dan kita masih menyiasat perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, polis mengesan Mohd. Adi Hashim, 38, yang beralamat di Felda Air Tawar 3 bagi membantu siasatan.