4 direman dalam kes rasuah tender bekalan air RM142 juta

4 direman dalam kes rasuah tender bekalan air RM142 juta

Dua pengarah dan dua lagi pengurus syarikat pembinaan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender projek bekalan air luar bandar di Semporna bernilai RM142 juta pada 2019.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, lelaki berusia 27 hingga 49 tahun itu ditahan SPRM dalam operasi di sekitar Kota Kinabalu semalam.

Sumber juga memberitahu Bernama, kes itu disiasat di bawah Akta SPRM 2009, namun enggan mengulas jika ada tangkapan lain berhubung kes itu selepas ini. | FMT