4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’, nasibnya diketahui Jumaat ini

4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’, nasibnya diketahui Jumaat ini

Pulau Pinang akan menentukan nasib empat ADUN yang “berpaling tadah” daripada Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN), dalam mesyuarat exco, pada Jumaat.

Ia susulan keputusan bersejarah Mahkamah Persekutuan, hari semalam, yang memutuskan undang-undang tubuh negeri menghalang lompat parti menepati Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu amat dialu-alukan kerana ia juga mengkehendaki mahkamah melihat semula keputusan duluan yang hampir menyerupai membabitkan undang-undang anti-lompat parti di Kelantan, yang diputuskan tidak berperlembagaan, kira-kira 30 tahun lalu.

“Kami akan membincangkan tindakan seterusnya pada Jumaat, katanya dalam kenyataan.

Empat ADUN berkenaan adalah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya, bekas wakil rakyat PKR), Zulkifli Ibrahim (Sg Acheh, bekas wakil rakyat PKR), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam, Bersatu namun pro PN) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang, Bersatu namun pro PN).

Keempat-empat ADUN itu sebelum ini memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing selepas mereka mengambil keputusan menyokong PN.

Usul itu ditangguhkan demi memastikan tidak berlaku pilihan raya negeri ketika pandemik, mengambil kira kes jangkitan Covid-19 melonjak selepas pilihan raya negeri Sabah diadakan.

Keempat-empat ADUN berkenaan juga memfailkan saman untuk menghentikan kerusi disandang tidak dikosongkan.

Pada 1992, Mahkamah Persekutuan memutuskan undang-undang negeri yang menghalang ADUN melompat parti sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan membabitkan kebebasan berpersatuan.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, hari ini, berkata Perlembagaan Persekutuan tidak menjamin hak asasi wakil rakyat menukar keahlian parti politik.

4 ADUN P Pinang ‘berpaling tadah’, nasibnya diketahui Jumaat ini