3 dos baru boleh Solat Jumaat? JAIS tutup ruang komen selepas teruk dikecam

3 dos baru boleh Solat Jumaat? JAIS tutup ruang komen selepas teruk dikecam

3 dos baru boleh Solat Jumaat? JAIS tutup ruang komen selepas teruk dikecam. Media sosial terus dipenuhi dengan pelbagai respon rakyat berhubung pengalaman mereka di hari pertama menunaikan solat Jumaat selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS).

Ramai meluahkan kekesalan mereka terhadap ketetapan syarat JAIS yang hanya membenarkan penerima lengkap 3 dos sahaja untuk menunaikan solat Jumaat.

3 dos baru boleh Solat Jumaat? JAIS tutup ruang komen selepas teruk dikecam

Malah, ada juga mendakwa dirinya dihalau oleh pihak pengurusan masjid disebabkan arahan tersebut.

Susulan insiden itu, portal rasmi JAIS dilihat terus menutupi ruangan komen di laman rasmi Facebook miliknya, seperti sudah menjangkan risiko yang baka berlaku selepas kenyatana yang dikeluarkan.

Terdahulu, media melaporkan hanya jemaah lengkap dua dos dan penggalak sahaja dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid, yang mana ia mulai berkuat kuasa pada 25 Februari.

Demikian adalah bagi mengambil langkah berjaga-jaga sekaligus sebagai usaha mengawal penularan pandemik Covid-19.

Tetapi nampaknya ramai sukar menerima syarat tersebut dan beranggapan bahawa ia tidak adil kerana kewajipan menunaikan ibadah mereka seolah disekat.

 

Turut baca