20 lelaki merusuh di Sri Petaling diburu polis

20 lelaki merusuh di Sri Petaling diburu polis

20 lelaki merusuh di Sri Petaling diburu polis.

Polis sedang mengesan 20 lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan dan merosakkan beberapa kenderaan di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, seorang lelaki yang juga pengadu meletakkan keretanya di tepi jalan berkenaan kira-kira 2.30 pagi untuk makan bersama rakannya, sebelum dua kumpulan lelaki merusuh.

“Kesemua lelaki itu bergaduh di antara satu sama lain menggunakan senjata besi dan botol arak dan pengadu mendapati lelaki tersebut telah merosakkan beberapa kereta yang berada di sana, termasuk kereta pengadu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati cermin belakang dan penumpang belakang sebelah kanan pecah.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.