2 penjawat awam ditahan, minta suapan RM20,000 tutup kes dokumen palsu

2 penjawat awam ditahan, minta suapan RM20,000 tutup kes dokumen palsu

2 penjawat awam ditahan, minta suapan RM20,000 tutup kes dokumen palsu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan dua lelaki dalam lingkungan 30-an kerana disyaki meminta suapan kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes berkaitan dokumen palsu.

2 penjawat awam ditahan, minta suapan RM20,000 tutup kes dokumen palsu

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang juga penjawat awam itu dipercayai meminta wang daripada seorang lelaki atas dakwaan menggunakan dokumen palsu dalam perjanjian sewaan rumah berjumlah kira-kira RM4,000.

Katanya, suspek pertama ditahan di sebuah restoran kira-kira 4 petang tadi, manakala suspek kedua ditahan kira-kira 6 petang di sekitar Gombak.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam satu kes berasingan, seorang juruwang kedai makan berusia 21 tahun ditahan kerana dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM15,000 dalam akaunnya.