1,213 kes baru, 3 kematian

1,213 kes baru, 3 kematian

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 1,213 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.

Sebanyak 71.7 peratus kes baru melibatkan warga tempatan (1,207 kes) manakala baki 28.3 peratus warga asing (341 kes).

Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi dengan 353 kes, disusuli Sarawak (303 kes) dan Johor (142 kes).

Tiada kes dilaporkan di Putrajaya dan Perlis.

Maklumat utama kes Covid-19 hari ini:

Kes sembuh: 1,503
Kes aktif: 14,782
Pesakit di Unit Rawatan Rapi: 155
Pesakit perlukan bantuan pernafasan : 54
Kematian: 3
Tiga pesakit yang meninggal dunia hari masing-masing di Sarawak, Sabah dan Kelantan.

Ketiga-tiganya merupakan warga tempatan berusia 59 tahun ke atas.

Salah seorang korban, iaitu wanita berusia 59 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sibu di Sabah tidak mengidap sebarang penyakit kronik lain.

9 kluster baru

KKM turut mamaklumkan terdapat sembilan kluster baru yang dikenal pasti hari ini.

Sebanyak 10 kluster pula diisytihar tamat, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini kepada 428.

Berikut adalah perincian sembilan kluster baru:

Kluster Tapak Bina Persiaran Setia

Daerah: Petaling, Selangor
Lokasi / Sumber: Tapak bina di Persiaran Setia Alam, Shah Alam
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 17 Mac, saringan bersasar pekerja
Jumlah kes setakat ini: 18 daripada 100 yang disaring
Kluster Tapak Bina Persiaran Sunsuria

Daerah: Sepang, Selangor
Lokasi / Sumber: Tapak bina di Persiaran Sunsuria, Sepang
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 14 Feb, saringan bersasar pekerja
Jumlah kes setakat ini: 11 daripada 410 yang disaring
Kluster Jalan Wawasan Sembilan

Daerah: Batu Pahat dan Kluang, Johor
Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Wawasan 9, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 12 Mac, saringan bersasar pekerja
Jumlah kes setakat ini: 50 daripada 568 yang disaring
Kluster Melamam

Daerah: Sipitang, Sabah
Lokasi / Sumber: Pusat pendidikan di Kampung Melamam, Sipitang
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 14 Mac, saringan sebelum masuk wad
Jumlah kes setakat ini: 14 daripada 164 yang disaring
Kluster Jalan Asuhan

Daerah: Kerian, Perak
Lokasi / Sumber: Pasar raya dekat Jalan Asuhan, Parit Buntar
Kategori kluster: Tempat kerja
Kes pertama: 16 Mac, saringan individu bergejala
Jumlah kes setakat ini: 12 daripada 100 yang disaring
Kluster Sungai Atap

Daerah: Meradong, Sarawak
Lokasi / Sumber: Sungai Atap di Bintangor, Meradong
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 6 Mac, saringan prapekerjaan
Jumlah kes setakat ini: 19 daripada 148 yang disaring
Kluster Kampung Padang Tembak

Daerah: Keningau, Sabah
Lokasi / Sumber: Kampung Padang Tembak, Keningau
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 8 Mac, saringan sebelum rentas negeri
Jumlah kes setakat ini: 21 daripada 216 yang disaring
Kluster Bunga Tanjung Bendahara

Daerah: Kota Setar dan Kuala Muda, Kedah
Lokasi / Sumber: Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar
Kategori kluster: Komuniti
Kes pertama: 15 Mac, saringan individu bergejala
Jumlah kes setakat ini: 10 daripada 46 yang disaring
Kluster Depot Imigresen Semuja

Daerah: Serian, Sarawak
Lokasi / Sumber: Depot Imigresen Semuja, Serian
Kategori kluster: Pusat tahanan
Kes pertama: 18 Mac, saringan bersasar
Jumlah kes setakat ini: 99 daripada 584 yang disaring